'Jangan bahayakan orang sekeliling dengan asap rokok'

Iklan
28 kawasan larangan merokok.

WALAUPUN kebanyakan orang sudah menyedari atau mengetahui berkaitan bahaya tabiat merokok, masih ada segelintir individu yang memandang remeh kesan dan akibat daripada aktiviti tersebut.

Lebih malang, ramai tidak mengetahui berkenaan 'secondhand smoke' atau asap rokok pasif iaitu asap yang terhasil daripada perokok yang merokok secara langsung dan asap terbebas daripada hujung rokok sedang dinyalakan.

Iklan
Iklan

Asap ini mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mempengaruhi kesihatan orang yang terdedah kepada asap tersebut, walaupun mereka tidak merokok.

Susulan daripada itu, kerajaan memutuskan sebanyak 28 kawasan termasuk premis dobi menjadi kawasan terbaharu larangan merokok dan digazetkan dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Iklan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap dobi dan bangunan tempat kerja itu akan bermula selepas 1 Januari 2025.

Jelas beliau, penguatkuasaan dijalankan secara berfasa iaitu dengan tempoh masa diberikan selama tiga bulan kepada pemilik premis berkenaan.

Iklan
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, hanya bangunan tempat kerja yang mempunyai pendingin hawa digazetkan dalam senarai tempat larangan merokok, namun dengan pertambahan senarai ini, mana-mana premis tempat kerja sama ada terbuka atau mempunyai penyaman udara turut terikat dengan Akta 852.

Selain dua premis berkenaan, antara yang disenaraikan sebagai tempat larangan merokok adalah bangunan hentian pengangkutan awam, kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang diluluskan, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium, kawasan rehat dan rawat (R&R).

Mana-mana individu yang gagal mematuhinya berdepan dengan kompaun sehingga RM5,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sejak bermula penguatkuasaan Akta 852 pada Selasa lalu, sejumlah 2,930 premis dilawati KKM.

Ia melibatkan 108 operasi dilaksanakan dengan kekuatan 1,614 anggota penguat kuasa seluruh negara.

Sepanjang operasi itu, sebanyak 2,548 notis advokasi pendidikan diedarkan termasuk mengeluarkan tiga kompaun masing-masing berjumlah RM250 melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan.

Dalam pada itu, Dr Norhayati memaklumkan premis diberi masa sehingga enam bulan dari tarikh penguatkuasaan Akta 852 untuk mempamerkan tanda amaran merokok yang baharu.

Tanda amaran merokok itu memaparkan imej rokok dan rokok elektronik selain kod QR yang membawa pelayar ke portal Jom Quit milik kementerian itu.

Inisiatif yang diambil kerajaan ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya orang awam yang tidak terlibat dengan tabiat berkenaan.

Dengan memperkenalkan lebih banyak kawasan larangan merokok, kerajaan berusaha untuk menghadkan tabiat merokok di ruang awam dan meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok.

Mungkin ada beberapa cabaran yang akan dihadapi sewaktu melakasanakan tindakan tersebut, namun jika ada pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan mengenakan denda sudah pasti ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Dari segi jangka panjang, larangan merokok di kawasan awam ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan dan masyarakat akibat perawatan penyakit berkaitan merokok.

Namun, kejayaan inisiatif ini bergantung kepada pemantauan yang ketat, pendidikan berterusan kepada orang ramai dan kerjasama daripada pihak berkepentingan.

Kesimpulannya, jika dilaksanakan dalam jangka panjang inisiatif itu dapat menghasilkan impak positif terhadap kesihatan masyarakat dan menurunkan kadar penyakit berkaitan dengan merokok, sekaligus menjadikan Malaysia negara yang lebih sihat.