Langkah diplomasi atau mahkamah antarabangsa
Iklan
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menetapkan satu tempoh masa jelas untuk melaksanakan langkah diplomasi dengan membincangkan semula Perjanjian Air Sungai Johor 1962 demi situasi menang-menang antara Malaysia dan Singapura.
Usaha tersebut sebagai menunjukkan ketegasan Malaysia dalam menyelesaikan isu yang membelenggu kedua-dua negara, supaya tidak menjadi perkara berbangkit dalam mencapai objektif negara maju.