Ibu bapa, guru waspada reka bentuk terkini vape

Iklan
Foto yang dikongsi Public Health Malaysia di platform X.

SHAH ALAM - Public Health Malaysia menerusi hantaran di platform X mengeluarkan maklumat kepada masyarakat khasnya ibu bapa dan guru agar berwaspada dengan reka bentuk vape terkini.

Menurutnya, pelbagai reka bentuk kini dicipta seperti pen marker mahupun gam UHU.

Iklan
Iklan

"Sekali pandang memang nampak macam pen marker dan gam UHU. Reka bentuk pensil 2B pun ada," katanya pada Sabtu.

Perkara tersebut menimbulkan keresahan warganet yang rata-rata mengatakan ia membantu merosakkan anak bangsa dan pelajar-pelajar sekolah.

Iklan

Ramai ibu bapa berasa bimbang dengan rekaan berkenaan yang dianggap mampu menarik perhatian pelajar untuk membelinya.

Selain itu, ia juga dikhuatiri akan menarik lebih ramai golongan penghisap vape yang baharu dari kalangan pelajar.

Iklan