Masa untuk hentikan penderitaan, Ketua PBB rayu keamanan setahun konflik Gaza

Iklan
Seorang kanak-kanak Palestin dilihat di luar khemah di pusat perpindahan di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

WASHINGTON - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres membuat rayuan pada Sabtu untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Tanggal 7 Oktober secara semula jadi adalah hari untuk memberi tumpuan kepada peristiwa pada hari yang mengerikan itu. Saya menyatakan solidariti saya kepada semua mangsa dan orang tersayang mereka," kata Guterres dalam mesej video.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, serangan pada hari itu telah 'mencederakan jiwa' dan beliau mengingati semua yang terkorban dan mengalami 'keganasan yang tidak terungkap'.

Ketua PBB menyatakan bahawa gelombang keganasan dan pertumpahan darah yang mengejutkan telah tercetus sejak 7 Oktober lepas.

Iklan

"Konflik yang berlaku selepas serangan dahsyat setahun lalu terus memusnahkan nyawa dan menimbulkan penderitaan manusia yang mendalam bagi rakyat Palestin di Gaza, dan kini rakyat Lubnan.

Penduduk Palestin memeriksa khemah yang musnah selepas serangan Israel di kem pelarian al-Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

Iklan

"Sudah tiba masanya untuk membebaskan tawanan. Masa untuk mendiamkan senjata. Masa untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini. Masa untuk keamanan, undang-undang antarabangsa dan keadilan," katanya.

Beliau juga menyeru penyelesaian berkekalan terhadap konflik itu agar Israel, Palestin dan semua negara lain di rantau ini hidup dengan aman, bermaruah dan menghormati antara satu sama lain.

Mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera, Israel terus melakukan serangan tanpa henti ke atas Gaza.

Lebih 41,800 mangsa telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam tempoh setahun yang lalu dan hampir 97,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - Bernama