Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia

Iklan
Elizabeth Pawa, 76, meninggal dunia di kediamannya di sini pada 9.55 pagi hari ini.

KUCHING - Ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Puan Sri Elizabeth Pawa, 76, meninggal dunia di kediamannya di sini pada 9.55 pagi hari ini.

Nanta mengumumkan berita duka itu dalam satu hantaran di Facebook yang turut memuat naik gambar keluarga bersama ibu mentuanya.

Iklan
Iklan

"Pemergian ibu yang amat kami sayangi ... satu kehilangan yang tiada galang ganti dalam kehidupan kami dan kami amat berdukacita.

"Kami dengan rendah hati memohon anda semua mendoakan kami dikurniakan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini serta mengenang dan menghargai legasi ibu tercinta,” katanya.

Iklan

Nanta berkata, Elizabeth yang juga isteri kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Celestine Ujang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan setiap insan yang mengenalinya.

"... memori indah itu akan senantiasa terpahat dalam sanubari kami. Meskipun amat sedih dengan pemergiannya namun detik-detik indah serta kenangan yang kami kongsi bersama menjadi penawar duka,” katanya. - Bernama

Iklan