VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal

Iklan
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal. Gambar kecil: Anthony

JOHOR BAHRU - Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dilakukan secara berfasa bermula 1 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia selepas dua hari pertama pelaksanaan VEP menyaksikan penurunan jumlah kenderaan dari Singapura memasuki negara ini.

Iklan
Iklan
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bercakap pada pemberita selepas hadir Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor di Cathay Restaurant Eco Spring hari ini.

"Laporan harian yang diperoleh mendapati jumlah kenderaan Singapura yang masuk ke negara ini melalui laluan darat di Tambak Johor dan Linkedua kembali normal sebaik jaminan diberikan tiada tindakan saman dikenakan setakat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor, di Ekoflora, di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusinya, Teo Nie Ching.

Sebelum itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112,658 tag identifikasi frekuensi radio (RFID) VEP kepada kenderaan persendirian dan komersial bernombor pendaftaran Singapura setakat 30 September lalu.

Iklan

Daripada jumlah itu, 75,412 tag RFID sudah diaktifkan digunakan sejak pelaksanaan VEP di laluan darat Malaysia-Singapura manakala 37,246 tag lagi masih belum diaktifkan.

Sebelum ini, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Johor mendakwa menerima laporan jumlah pengunjung ke hotel mereka berkurangan khususnya di sekitar Johor Bahru.

Siew Fook berkata, setakat ini pihak kementerian tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk melaksanakan penguatkuasaan penuh.

Katanya, kementerian turut menyeru kepada pemilik kenderaan Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki dan keluar dari Malaysia.

"Kita menggesa vendor terlibat untuk memperbanyakkan lokasi pendaftaran bagi memudahkan lagi permohonan dan mengelakkan kesesakan.

"Kita tak boleh sediakan lokasi pendaftaran di Singapura, ini kerana pendaftaran ini bidang kuasa kita, melainkan ada kerjasama dengan syarikat di sana, itu biar vendor yang fikirkan," ujarnya.