Projek RTB Bagan Datuk bawa 1,001 manfaat, kurangkan impak banjir - Zahid

Iklan
Ahmad Zahid semasa menghadiri mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk. Foto FB Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah di Bagan Datuk, Perak akan membawa 1,001 manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi projek berkenaan, ia juga akan dapat mengurangkan impak banjir serta kerosakan harta benda awam.

Iklan
Iklan

"Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan saya akan memastikan projek ini diteruskan dengan jayanya, Insya-ALLAH,” menurut hantaran di laman Facebook Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sebelum itu menghadiri mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk berkenaan cadangan projek RTB di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah. - Bernama

Iklan

Iklan