Larian berpakaian tidak senonoh: Acara tiada permit PBT

Iklan
Tangkap layar peserta berpakaian tidak senonoh dalam Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Desaru, Kota Tinggi.

JOHOR BAHRU - Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) menegaskan penganjuran larian antarabangsa di Bandar Penawar, di sini yang menampilkan pelancong berpakaian tidak senonoh atau songsang tidak mendapat kelulusan pihaknya.

MPP menerusi kenyataan di Facebook (FB) memaklumkan, penganjuran acara itu juga tiada dalam pemakluman pihaknya.

Iklan
Iklan

"Sebarang kesalahan undang-undang termasuk menganjurkan aktiviti yang tiada permit akan diambil tindakan penguatkuasaan oleh MPP di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil berkuat kuasa yang diguna pakai," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, MPP juga tidak akan memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang.

Iklan

Jelasnya, sebarang penganjuran program perlulah membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran serta kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi

Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.

Iklan

Dua lelaki warga asing dan seorang lagi warga tempatan berusia 39 hingga 70 tahun itu diberkas di sebuah hotel kira-kira jam 10 malam Sabtu, bagi membantu siasatan.