Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - Anwar

Iklan
Anwar berucap pada majlis perasmian pembukaan sekolah baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Heawood pada Ahad. Foto Bernama

SUNGAI SIPUT - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Menteri Kewangan itu berkata, hal berkenaan termasuk pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi kaum India.

Iklan
Iklan

"Siapa kata (kerajaan) tidak peduli? KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Dalam mesyuarat kalau saya kata miskin tegar, saya kata untuk semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Iklan

Anwar berkata, untuk berlaku adil, kerajaan juga menyalurkan peruntukan menerusi program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk semua kaum manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang sebelum ini 100 peratus untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera, juga telah diperluas kepada kaum India.

"Saya kata apa salahnya beri ruang kepada masyarakat India yang miskin... ambil mereka, latih dan beri peluang (berniaga) kepada mereka.

Iklan

"Di Semenanjung berapa jumlah paling miskin? Siapa? Melayu, tetapi dalam kategori masyarakat termiskin ada juga orang India, mereka itu warganegara, rakyat kita... saya sebagai Perdana Menteri, itu tanggungjawab saya (bantu)," katanya.

Sementara itu, Kah Woh dalam ucapannya berkata, SJKT Heawood yang dibina di kawasan seluas 2.4 hektar melibatkan kos RM13.19 juta mula beroperasi pada 11 Mac lepas dan mempunyai 12 bilik darjah. - Bernama