Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat

Iklan
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada,. Foto: X/@TylerHerrick

MOSCOW - Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada, lapor Sputnik yang memetik CBS News.

"Juruterbang mengesan asap dan mengisytiharkan kecemasan... pesawat itu mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta kru dipindahkan melalui tangga udara. Tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang telah dibawa ke terminal," kata jurucakap Frontier Airlines kepada CBS News pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Punca kejadian itu sedang disiasat, menurut jurucakap syarikat kepada media.

Jabatan Bomba Daerah Clark segera bertindak balas terhadap kejadian itu, menurut jurucakap lapangan terbang berkenaan kepada media dan menambah jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan tiba di landasan ketika asap menyelubungi pesawat berkenaan.

Iklan

Klip video yang tular di media sosial menunjukkan bahagian bawah pesawat terbakar semasa pendaratan. - Bernama

Iklan