Penunjuk perasaan bakar diri ketika demonstrasi pro-Palestin di AS

Iklan
Seorang lelaki membakar dirinya sendiri ketika demonstrasi pro-Palestin berhampiran Rumah Putih di Washington

MOSCOW - Seorang lelaki membakar dirinya sendiri ketika demonstrasi pro-Palestin berhampiran Rumah Putih di Washington, lapor Sputnik yang memetik The Washington Post.

Api segera dipadamkan dan lelaki itu dibawa ke hospital, menurut akhbar itu, sambil menambah bahawa demonstrasi itu bermula di luar Rumah Putih dan berlangsung secara aman.

Iklan
Iklan

Lelaki berkenaan menerima rawatan perubatan dan kecederaannya tidak mengancam nyawa, lapor akhbar itu yang memetik seorang pegawai polis.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun dalam demonstrasi di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu, membawa sepanduk bertulis"Bebaskan Palestin", menuntut embargo senjata ke atas Israel serta mengibarkan bendera Palestin, menurut The Washington Post. - Bernama

Iklan
Iklan