GAZA - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Pegawai kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang lagi terbunuh sejak malam Sabtu di utara Gaza, selepas tentera Israel menghantar kereta kebal ke kawasan tersebut buat kali pertama dalam beberapa bulan dan menggesa penduduk berlindung di zon selamat di selatan.