Tiada tanda perang akan berakhir
Iklan
SHAH ALAM - Serangan rejim Zionis ke atas Palestin yang memasuki tempoh setahun tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan berakhir, meskipun negara berkenaan dianggap hancur sepenuhnya.
Pensyarah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Azlizan Mat Enh berkata, situasi itu mengambil kira perang berterusan dilancarkan Israel terhadap penduduk Palestin.