PENJAGA gol Girona, Paulo Gazzaniga menyelamatkan dua sepakan penalti manakala satu lagi yang diambil semula sebelum penyerang Cristhian Stuani menjaringkan gol dari sepakan masa kecederaan ketika menewaskan pelawat Athletic Bilbao 2-1 dalam La Liga pada Ahad.
Penalti Alex Berenguer diselamatkan pada separuh masa pertama dan nasib Bilbao menjadi lebih buruk selepas rehat apabila percubaan Inaki Williams turut dinafikan Gazzaniga namun terpaksa ditarik balik semula kaki penjaga gol Blanquivermells itu terkeluar dari garisan.
Iklan
Iklan
Ander Herrera yang kemudian menyambar peluang menyambung tugasan itu namun percubaannya turut juga diselamatkan penjaga gol berusia 32 tahun kelahiran Murphy, Argentina berkenaan.
Pasukan pelawat Lehoiak serta-merta dihukum selepas kesilapan Berenguer apabila pemain tengah Colombia, Yaser Asprilla meletakkan Girona di depan pada minit ke-39, menewaskan penjaga gol Alex Padilla.
Oihan Sancet menjaringkan gol penyamaan untuk Bilbao dua minit kemudian, namun Stuani menyempurnakan sepakan penaltinya minit ke-99 untuk memastikan tiga mata buat tuan rumah menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan La Liga.
Keputusan di Stadium Montilivi itu menyaksikan Girona menduduki tempat ke-11 dalam kedudukan dengan 12 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Bilbao di tempat kelima dengan 14 mata.
Artikel Berkaitan