Buku, produk Karangkraf laris terjual

Iklan
Jualan Gudang Karangkraf 2024 umpama pesta keluarga apabila kebanyakan pengunjung hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2024 menerima lebih 10,000 pengunjung sepanjang berlangsung selama 10 hari bermula 27 September hingga 6 Oktober 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf (GBK), Firdaus Hussamuddin berkata, sambutan program kali ini sangat menggalakkan dengan kehadiran pengunjung yang hadir setiap hari tanpa henti walaupun pada hari bekerja.

Firdaus Hussamuddin

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sambutan lebih meriah daripada jualan gudang yang kita adakan sebelum ini.

"Pengunjung yang hadir juga datang bersama ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak-anak, atuk dan nenek...boleh dikatakan ini umpama pesta untuk keluarga.

Iklan

"Kami daripada GBK sangat berterima kasih kepada semua yang datang dan memberi sokongan dan kami akan terus menghasilkan produk yang berkualiti dengan harga berpatutan pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Salah seorang petugas sedang melayani pengunjung yang berminat membeli al-Quran.

Tambahnya, pengunjung yang hadir juga menerima diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM1,500.

Iklan

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, antara tarikan baharu yang paling laris kali ini ialah barangan khas keluaran Karangkraf.

Ujarnya, walaupun jarang mengeluarkan barangan seperti rantai kunci, penanda buku magnetik, payung dan botol minuman tetapi ia mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Antara aktiviti menarik disediakan kepada kanak-kanak.

"Kelainan yang kita bawa adalah dengan memperkenalkan produk tersebut dan memang di luar jangkaan apabila kebanyakan barangan kita habis dijual.

"Untuk al-Quran pula memang dicetak semula bagi menambah stok sedia ada supaya dapat memenuhi permintaan pengunjung.

"Kita sediakan banyak pilihan, jadi mereka boleh membuat keputusan nak pilih saiz dan jenis yang mereka mahu,” jelasnya.

Dalam pada itu, ujarnya, jualan gudang bakal berlangsung lagi pada awal tahun hadapan, namun tarikh sebenar akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihak penganjur akan mengekalkan kemudahan seperti surau, tandas, jualan makanan dan ruang berhawa dingin bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir kelak.