Tiga termasuk kanak-kanak maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangandalam kejadian di Jalan Felda Sahabat, Lahad Datu.

LAHAD DATU - [DIKEMAS KINI] Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang dan seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kemalangan.

Iklan
Iklan

Katanya, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara, Proton Saga Aeroback dan motosikal yang bertembung.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam kemalangan remuk selepas bertembung dengan kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat, Lahad Datu.

"Terdapat 13 mangsa terlibat. Empat mangsa dalam kereta Proton Saga Aeroback dikeluarkan oleh orang awam dan dua parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans bagi rawatan lanjut.

Iklan

"Seorang lagi mangsa Proton Iswara Aeroback dan seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Sementara, seorang lagi penumpang Proton Iswara Aeroback meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Menurutnya, seramai lapan lagi individu yang berada di Nissan Navara cedera ringan.

Kereta remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan.

"Identiti kesemua mangsa termasuk yang maut belum diketahui dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam," katanya.

Ibu, anak antara tiga maut dalam nahas - Polis

Sementara itu, polis mengesahkan ibu dan anak antara tiga dalam kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun, identiti dua beranak itu masih belum diketahui disebabkan tiada dokumen pengenalan diri bersama mereka manakala pemandu lelaki berusia 62 tahun yang juga suami kepada wanita yang maut tersebut turut mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku melibatkan motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga asing berusia 55 tahun dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat.

"Ketika kejadian, penunggang motosikal telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Aeroback yang dipandu seorang lelaki bersama ahli keluarganya dari arah Felda Sahabat menuju ke Lahad Datu.

"Kemalangan menyebabkan kereta itu telah hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dan lima penumpang datang dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, akibat kejadian itu penunggang motosikal dan seorang penumpang dalam Proton Aeroback maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tungku.

"Penumpang yang maut merupakan isteri kepada pemandu Proton Aeroback dan anak perempuan mereka turut meninggal dunia.

"Identiti belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersama manakala pemandu cedera parah namun dipercayai salah seorang mangsa yang maut adalah kanak-kanak berdasarkan saiz badan.

"Sementara itu, pemandu dan penumpang dalam pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tungku," katanya.

Dzulkarnain berkata, sampel darah pemandu dan penunggang motosikal diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk dianalisis.

"Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini diminta berhubung terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu," katanya.