Labur bidang teknologi, bayar gaji minimum
Iklan
SHAH ALAM - Tahap pendapatan pekerja swasta mampu bertambah jika majikan khususnya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil inisiatif drastik melabur dalam bidang teknologi seperti permotoran dan kecerdasan buatan (AI) serta membayar gaji minimum bagi meningkatkan produktiviti.
Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ia kerana pekerja swasta contohnya dalam industri pelancongan masih memperoleh purata gaji kira-kira RM1,200 ke bawah sedangkan gaji minimum ditetapkan kerajaan sebanyak RM1,500.