Menanti usaha naik gaji dalam Belanjawan 2025

Iklan
Usaha kerajaan menaikkan gaji sektor awam itu diharap akan memberikan tekanan juga kepada sektor awam. Foto hiasan

DALAM Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kenaikan gaji antara fokus utama kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata dalam satu temu bual bersama CNBC.

Jelas beliau, kaedah ini telah dilakukan untuk penjawat awam yang gaji mereka tidak diberi perhatian sejak 12 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Oleh itu, beliau mahu syarikat-syarikat swasta besar yang berpendapatan tinggi untuk melakukan perkara sama kepada pekerja mereka.

Usaha kerajaan menaikkan gaji sektor awam itu diharap akan memberikan tekanan juga kepada sektor awam.

Iklan

Sudah pasti golongan pekerja di negara ini senang hati mendengar perkara tersebut, namun keputusan sekarang terletak pada tangan majikan sama ada mahu melakukannya atau tidak.

Dalam satu respons kepada akhbar ini berhubung kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menolak perkara tersebut.

Iklan

Menurut pertubuhan itu, syarikat-syarikat besar telah memberikan bonus yang besar kepada pekerja malah menyediakan program latihan yang terbaik.

Jadi syarikat-syarikat terbabit sudah membuat pelaburan besar terhadap pekerja-pekerja mereka dan terus kekal setia dengan kemahiran terbaik.

Bagaimanapun, pada ketika ini kerajaan sedang dalam projek rintis untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif.

Dasar ini bertujuan untuk menyelaraskan peningkatan gaji pekerja dengan produktiviti yang lebih tinggi, memacu negara ke arah kemakmuran ekonomi yang lebih mampan.

Dengan pelaburan sebanyak RM50 juta yang disalurkan bagi pelaksanaan projek rintis DGP, termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan, langkah ini diambil untuk memperkukuhkan asas ekonomi negara.

Jadi kita memang berharap agar dasar ini akan benar-benar dapat dilaksanakan sepenuhnya kepada semua bidang pekerjaan dan memberi manfaat kepada pekerja.

Sementara itu, kita semua menunggu dengan penuh sabar pembentangan Belanjawan 2025 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober ini.

Mungkin ada langkah atau strategi baharu yang bakal diumumkan untuk menaikkan gaji rakyat supaya setimpal dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini.