Israel, Hizbullah berbalas tembakan merentasi sempadan

Iklan
Sistem pertahanan udara Iron Dome Israel melepaskan tembakan untuk memintas roket yang dilancarkan dari Lubnan pada hari Ahad. Foto AP

ANGKATAN Pertahanan Israel (IDF) mendakwa lebih daripada 120 peluru telah dilepaskan oleh Hizbullah dari Lubnan ke dalam wilayah Israel pada Ahad.

Sementara pada petang Ahad di Beirut pula, pasukan CNN menyaksikan beberapa letupan di langit negara itu.

Iklan
Iklan

Agen berita negara Lubnan, National News Agency melaporkan, pesawat Israel telah menyasarkan kawasan Roueiss di pinggir selatan Beirut.

Hizbullah juga dilaporkan telah melepaskan roket ke arah utara Israel sehingga menyebabkan puluhan ribu penduduk dipindahkan.

Iklan

Rejim Israel melancarkan kempen pengeboman yang luas terhadap kumpulan pejuang Hizbullah yang disokong Iran, yang mempunyai kehadiran yang ketara di pinggir selatan ibu kota Lubnan.

Pengeboman Israel telah memaksa ratusan ribu rakyat Lubnan untuk melarikan diri. -Awani/Agensi

Iklan