Tanding Naib Presiden, Mohd Rafiq nafi langgar arahan parti
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah melarang mana-mana individu yang disahkan cukup syarat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) daripada bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini.
Justeru, Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Mohd Rafiq Mohd Abdullah menafikan dakwaan dirinya melanggar arahan parti dengan mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden.