Dahulu berniaga di pasar malam

Iklan
Eddlee (kiri) bersama ayahnya, Ismail yang merupakan pengasas kepada Eddlee Fried Chicken.

KOTA BHARU - Bermodalkan ‘air tangan’ ayah, Eddlee Ismail memacak khemah di pasar malam untuk menjual ayam goreng pada harga RM1 seketul sekitar tahun 90-an.

Ayam goreng yang digaul bersama tepung menggunakan ramuan sendiri ciptaan ayahnya, Ismail Mohammed itu berjaya memikat ‘selera’ rakyat negeri serambi Makkah.

Kesemua cawangan Eddlee Fried Chicken hanya diuruskan oleh ahli keluarga sahaja disebabkan itu mereka tidak membuka ia kepada perniagaan francais.

Iklan
Iklan

Bertitik tolak dari situ, Eddlee tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya melangkah gagah dengan membuka sebuah kios.

Eddlee, 54, berkata, kios pertama dibuka pada tahun 2003 di Tanjong Mas dan diberi nama Eddlee Fried Chicken.

Iklan

"Ayah yang meletakkan nama saya kerana pada waktu itu kami buntu serta tiada idea untuk menamakan produk ayam goreng ini.

"Alhamdulillah jenama Eddlee Fried Chicken kekal sehingga kini, walaupun kami perlu bersaing dengan jenama antarabangsa serta tempatan yang lain.

Iklan

"Ayam goreng kami mempunyai rasa yang tersendiri yang boleh memikat selera penggemar makanan segera itu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di salah satu Restoran Eddlee Fried Chicken cawangan Taman Uda Murni di Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Salah satu cawangan Eddlee Fried Chicken di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, setelah hampir 34 tahun ayam goreng tersebut bertapak di negeri Che Siti Wan Kembang, kini beliau mempunyai 14 cawangan hanya di Kota Bharu sahaja.

Ujarnya, kesemua cawangan tersebut hanya diuruskan oleh ahli keluarga sahaja disebabkan itu mereka tidak membuka ia kepada perniagaan francais.

Eddlee memberitahu, walaupun ramai yang berminat untuk memiliki jenama tersebut melalui francais, namun ayahnya yang merupakan pengasas dan kini sudah berusia 84 tahun hanya berminat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan keluarga sahaja.

"Harga terkini ayam goreng kami ialah RM3.50 seketul dan jika dahulu hanya itu sahaja yang dijual, namun sekarang terdapat 14 menu lain seperti chicken chop, burger, kentang putar, kentang goreng, bubur nasi dan sebagainya.

"Kami dibantu oleh 68 pekerja yang kesemuanya adalah penduduk tempatan,” katanya.

Pelanggan menunjukkan tanda berpuas hati semasa menimati keenakan ayam goreng di Eddlee Fried Chicken Taman Uda Murni, Kota Bharu.

Menurut beliau, semenjak orang ramai memboikot produk berkaitan Israel, jualan Eddlee Fried Chicken melonjak sehingga 40 peratus.

Tambahnya, fenomena itu memberikan rezeki lebih kepada peniaga tempatan sepertinya malah ia dilihat cukup luar biasa.

"Sebagai peniaga bumiputera yang bermula dari bawah tanpa sebarang pinjaman bank, melihat jenama Eddlee Fried Chicken meniti di bibir orang ramai terutama rakyat Kelantan serta luar menjadikan ia satu rahmat’ yang sangat disyukuri kepada kami sekeluarga terutama ayah sebagai pengasasnya.

"Sepanjang terlibat dalam perniagaan ini kami tidak menggunakan pinjaman bank. Malah kami ikhtiar membeli secara tunai dengan hasil jualan perniagaan. Cukuplah modal yang ayah pertaruhkan waktu dulu,” katanya.

Menurut beliau, lebih membanggakan lagi apabila rezeki ayam goreng itu dapat dikongsi dengan anak-anak tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.