'Ku terima, akhirnya buta'

Iklan
Nor Nadia Sophia

KOTA BHARU - Kehidupan seorang pembantu kedai makan berubah selepas menderita penyakit diabetes sehingga cacat penglihatan.

Nor Nadia Sophia Mat Nafi, 36, berkata, dia disahkan menghidap penyakit itu pada usia 21 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan berlaku komplikasi saraf hingga mengakibatkan dia cacat penglihatan.

"Mata saya sedikit demi sedikit menjadi kabur dan lama kelamaan buta,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Menceritakan kembali detik mengetahui penglihatannya sudah tidak dapat diselamatkan pada 2019 lalu, Nor Nadia berkata, dia mengalami kesedihan yang melampau hingga kemurungan.

Nor Nadia Sophia menghantar pesanan suara di telefon.

Katanya, setiap malam dia menangis dan ia berlarutan selama setahun.

Iklan

"Teramat sukar untuk saya menerima kenyataan bahawa saya tidak lagi mampu melihat.

"Sepanjang hari saya berdoa kepada ALLAH dan akhirnya saya akur serta menerima diri ini sudah buta,” katanya.

Dalam mengubat kesedihan itu, Nor Nadia Sophia aktif berpersatuan bersama orang buta yang lain bagi menggelakkan rasa terpinggir.

Nor Nadia Sophia mengaji menggunakan al-Quran braille.

Katanya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama rakan-rakan orang kurang upaya (OKU) termasuk mengaji menggunakan al-Quran braille.

"Apabila memiliki kekurangan yang sangat besar ini, saya berasa terhina jika berada dalam kalangan orang biasa.

"Tetapi, akan menjadi lebih gembira dan bersemangat andai ada bersama-sama orang buta kerana mereka lebih memahami,” katanya.