MBSA taja minyak percuma untuk 500 motosikal

Iklan
MBSA mengadakan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma Siri 3 pada 10 Oktober sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-24. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumumkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma Siri 3 diadakan pada 10 Oktober sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-24.

Menurut MBSA, program akan berlangsung di Stesen Minyak Petronas Kota Kemuning 1, Persiaran Anggerik Mokara, Seksyen 31, Kota Kemuning di sini bermula pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Bagaimana pun, tawaran tersebut terhad untuk 500 buah motosikal terawal sahaja," menurut pihak berkuasa tempatan itu menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Terdahulu, program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma untuk siri pertama telah diadakan pada 2 April lalu di Seksyen 7 yang melibatkan 300 motosikal terawal.

Iklan

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif seperti dilaporkan Sinar Hariam sebelum ini berkata, inisiatif itu adalah usaha berterusan membantu komuniti di dalam kawasan pentadbiran MBSA dan sebagai salah satu program kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan perpaduan serta ukhuwah silaturahim dengan masyarakat.

Menurutnya, mereka yang terpilih merupakan kumpulan sasaran seperti penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri, serta penuntut pusat pengajian tinggi di kawasan sekitar dan setiap penunggang motosikal menerima petrol percuma bernilai RM10.

Iklan

"Program ini juga merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1), dan Bandar dan Masyarakat Lestari (SDG 11) serta sejajar dengan dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai PBT yang prihatin,” tambah beliau.