Akaun Facebook palsu guna identiti Ka Siong

Iklan
Akaun Facebook palsu yang didakwa menggunakan identiti Ka Siong.

SHAH ALAM - Akaun Facebook menggunakan gambar profil Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan nama Wee Ka Siong atau nama pengguna @wee.ka.siong.288 adalah palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Terdapat satu akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambar saya. Mohon semua abaikan akaun palsu ini.

"Berikut adalah laman rasmi Facebook saya; BM dan Inggeris: https://www.facebook.com/wksbmenglish dan Chinese: https://www.facebook.com/weekasiong," katanya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut berdepan dengan isu akaun palsu menggunakan namanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga pernah berdepan dengan isu sama.

Iklan