Simeone tabik pendekatan pertahanan Atletico Madrid

Iklan
Alvarez (kanan) meraikan jaringan pendahuluan Atletico ketika bertandang menentang Sociedad dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta. Foto AFP

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone memuji pendekatan pertahanan Colchoneros dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta pada Isnin.

Namun pada masa sama bekas pemain Argentina itu menegaskan penambahbaikan segera perlu dilakukan kelab Madrid tersebut selepas kehilangan mata di laman Real Sociedad.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, Atletico memimpin perlawanan seawal minit pertama hasil sentuhan pemain kelahiran Argentina berusia 24 tahun, Julian Alvarez.

Bagaimanapun bintang Croatia juga berusia 24 tahun, Luka Sucic berjaya membatalkan gol pembukaan penyerang pelawat pada minit ke-84.

Iklan

"Ya, pasukan menemui gol dan bertahan dengan sangat baik, satu adalah usaha kolektif. Kami melakukan beberapa serangan balas lebih baik dengan ruang terhad, tahniah juga kepada pasukan lawan.

"Saya kekal positif berkenaan pendekatan bertahan bahagian pertahanan dan kami akan meneruskan pencarian sama menambah baik pasukan. Terdapat pemain yang tahu bagaimana untuk melakukannya dengan lebih baik,” kata Simeone selepas perlawanan.

Iklan

Mengenai gol penyamaan Txuri-Urdin kendalian Imanol Alguacil berpunca kecuaian hantaran pemain gantian Atletico, Rodrigo De Paul menyaksikan pelawat kehilangan bola berhampiran kawasan gol sendiri.

Simeone berkata:" Saya tidak fikir gol mereka berpunca kurang tumpuan pemain, sebaliknya gol hebat dari jarak 35 meter.

"Kami perlu memperbaiki semua kesilapan mudah, tetapi anda pun boleh kehilangan bola kerana ia sebahagian daripada permainan. Kami harus ucap tahniah kepada (Sucic) untuk jaringan gol hebatnya.”

Keputusan itu menyaksikan Atletico berada di kedudukan ketiga dengan 17 mata, hanya memenangi satu daripada empat perlawanan liga terakhir manakala seri baki tiga lagi.

Mengulas pencapaian diraih selepas mengharungi sembilan perlawanan, Simeone menyifatkan ia satu perkembangan yang positif.

"Angkanya bagus apabila kami bekerja dengan sangat baik malah berkembang daripada pertahanan kepada serangan,” katanya.