Kepercayaan GISBH sama dengan Al-Arqam - Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

Iklan
Mohd Faudzinaim

SEREMBAN - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan pada 28 September lalu mendapati ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sama seperti ajaran dan kepercayaan Al-Arqam yang telah diwartakan sesat pada 2016.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, buat masa ini jawatankuasa berkenaan belum memutuskan sama ada perlu dikeluarkan keputusan baharu atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Ini kerana fatwa ajaran Al Arqam yang diwartakan pada 2016 masih relevan dan boleh dikuat kuasa bagi menangani ajaran GISBH.

"Ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa fatwa bulan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Setakat ini tiga negeri yang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat ialah Perlis, Selangor dan Pahang.

Pada awal September lalu, polis melancarkan Ops Global dan menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan agama.

Iklan

Serbuan itu menyaksikan 572 mangsa berjaya diselamatkan dan membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pihak pengurusan tertinggi syarikat itu.