Doktor pakar, jururawat iring pesakit hadir majlis konvokesyen

Iklan
Muhammad Arsyad (tengah) diapit ibu bapanya, Dr Raja Abdul Wafy (tiga dari kiri) dan para jururawat.

KOTA BHARU - Enggan terlepas detik indah setelah tamat pengajian, seorang pesakit masih dalam rawatan di hospital menggagahkan diri menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-24 di sini, pada Isnin.

Muhammad Arsyad Muhammad Ghazali, 23, hadir ke istiadat itu dengan diiringi Pakar Perubatan/Felo Kardiologi, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Raja Abdul Wafy Raja Muhammad Rooshdi dan tiga jururawat.

Iklan
Iklan

Muhammad Arsyad mengalami jangkitan kuman pada jantung dan dimasukkan ke wad sejak tiga minggu lalu selain baru sahaja selesai menjalani pembedahan di bahagian lulut bagi membuang kuman terbabit.

Katanya, dua ke tiga hari sebelum istiadat berkenaan, dia kerap bersungut kepada ibu bapanya, Ghazali Ismail, 67, dan Yuhana Abdul Ghani, 63, berhubung tarikh konvokesyen yang hampir tiba.

Iklan

Muhammad Arsyad dicium kedua ibu bapanya.

"Secara kebetulan pagi ini, ibu saya pula menyebut perkara ini di hadapan ketua jururawat dan beliau memaklumkan kepada doktor.

Iklan

"Tanpa disangka-sangka pada saat-saat akhir, mereka menawarkan diri untuk mengiringi dan membawa saya dengan kenderaan hospital bagi mengambil diploma di konvokesyen ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Muhammad Arsyad sebelum itu menerima Diploma Usuluddin yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu disahkan terkena jangkitan kuman selepas mengalami demam dan sakit-sakit badan.

Muhammad Arsyad (tengah) diringi Dr Raja Abdul Wafy (kiri) menerima diploma yang disampaikan oleh Mohd Nassuruddin (kanan).

Dia juga mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

"Saya sepatutnya mendaftar masuk pada 29 September lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masih lagi perlu kembali ke wad untuk mendapatkan rawatan antibiotik setiap empat jam.

"Saya sangat berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang berbesar hati untuk menemani saya mengambil diploma pada konvokesyen ini,” katanya yang bercita-cita sebagai guru.