Dakwaan ‘kambing hitamkan’ Fattah Amin, Fazura serah notis saman

Iklan
Fazura hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin bagi prosiding kes cerainya terhadap Fattah Amin.

SUBANG BESTARI - Pelakon, Fazura menyerahkan notis tuntutan saman kepada seorang wanita kerana mendakwa beliau ‘mengkambinghitamkan’ Fattah Amin berhubung isu curang, pada Jumaat lalu.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, wanita berkenaan membuat kenyataan palsu berkaitan rumah tangga pasangan selebriti itu di media sosial.

Iklan
Iklan

"Semasa prosiding lalu, saya cakap Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan dia memfailkan cerai kerana isu curang.

"Bukan bermaksud Fazura menafikan wujudkan isu curang itu,” kata Fakhrul Azman di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini pada Isnin.

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, timbul pula kenyataan seorang individu seolah-olah anak guamnya yang juga pelakon filem ‘Gol & Gincu’ itu meletakkan semua kesalahan pada hero filem 'Pendekar Awang' berkenaan.

Susulan itu katanya, usahawan tudung berkenaan meneruskan kes dengan saman malu terhadap individu yang mula-mula mengeluarkan fitnah terbabit.

Iklan

Selepas tujuh tahun mengecapi kebahagiaan rumah tangga, Fattah yang juga Hero Remaja 2011/ 2012, melafazkan cerai terhadap isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, pada Isnin.

Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lepas atas alasan tiada persefahaman.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem terakhir lakonan pasangan itu yang mana Fattah menjadi teraju utama manakala Fazura sebagai watak Sayang yang juga isteri Pendekar Awang.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.