43 warga Myanmar ditahan di Komtar

Iklan
Tiga premis jualan makanan, kedai gunting rambut, pasar mini dan kedai refleksologi telah diperiksa dalam operasi tersebut. Foto JIM Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Seramai 43 warga Myanmar ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang di beberapa premis di Komtar pada Isnin.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang berkata, seramai 70 warga asing diperiksa dalam operasi pendatang asing tanpa izin tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lokasi yang diserbu merupakan tempat tumpuan warga asing berkenaan untuk bersantai.

"Berdasarkan aduan, satu gerakan operasi pendatang asing tanpa izin telah dilakukan ke atas beberapa premis perniagaan yang terletak di Komtar dan kawasan sekitar.

Iklan

"Seramai 70 warga asing terdiri daripada pekerja dan pelanggan telah diperiksa dan 43 daripadanya ditangkap kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah JIM Pulau Pinang, tiga premis jualan makanan, kedai gunting rambut, pasar mini dan kedai refleksologi telah diperiksa dalam operasi tersebut.

Iklan

Seramai 43 warga Myanmar ditahan dalam operasi di Komtar pada Isnin. Foto JIM Pulau Pinang

"Mereka yang ditangkap terdiri daripada 28 lelaki dan 15 wanita warga Myanmar berusia antara 23 hingga 45 tahun.

"Sementara itu ketika pemeriksaan dilakukan, sebuah restoran yang beroperasi didapati dikendalikan oleh warga asing yang disyaki tidak memiliki pas yang sah. Selain itu, kebersihan premis itu juga tidak memuaskan apabila didapati lipas berkeliaran pada makanan yang disediakan," katanya lagi.

Menurut JIM Pulau Pinang, dalam operasi sama, 14 saman kepada saksi turut dikeluarkan untuk mereka hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut ke atas semua tangkapan akan dilakukan termasuk pemilik perniagaan dan pemilik premis untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa," katanya.