Calon berkelayakan dipelawa isi jawatan utama di Pejabat AI Kebangsaan

Iklan
Gobind

PUTRAJAYA - Kementerian Digital mempelawa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan utama di Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) yang baru ditubuhkan.

Pejabat berkenaan bermatlamat berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab dalam memajukan agenda AI Malaysia dan meletakkan negara sebagai pengaruh penting dalam landskap digital serantau.

Iklan
Iklan

Jawatan terbabit antaranya ketua pegawai eksekutif, Pengarah Makmal Dasar AI dan Pengarah Pertukaran Inovasi AI.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, calon yang sesuai akan mempunyai peluang unik untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan AI di Malaysia dan memimpin usaha untuk mengukuhkan status Malaysia sebagai pengaruh utama dalam bidang AI di rantau ini.

Iklan

"AI adalah pemangkin untuk masa depan Malaysia, dan kami (Kementerian Digital) mencari pemimpin dinamik yang bersedia untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kekosongan jawatan terbabit diiklankan sejak 30 September lepas dan tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Oktober ini.

Iklan

Maklumat lanjut berkaitan NAIO dan untuk memohon jawatan itu layari https://www.mydigital.gov.my/initiatives/the-national-ai-office-naio/ - Bernama