Fattah Amin kesal terpaksa tipu anak

Iklan
Fattah berharap dapat membesarkan Fatima bersama Fazura selepas ini.

PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin mendedahkan perkara yang paling dikesali di tengah-tengah kemelut rumah tangganya sejak beberapa bulan lalu adalah menipu buah hatinya, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Jelas Fattah, Fatima amat berharap dia kembali ke rumah seperti biasa tetapi terpaksa membohongi puterinya itu bahawa dia perlu keluar bekerja.

Fattah mendedahkan, pada pertemuan terakhir bersama Fatima, anaknya itu enggan melepaskannya sehingga terlena dalam pelukan.

Iklan
Iklan

"Pada usia Fatima sekarang, saya rasa dia tidak sepatutnya melalui keadaan seperti ini. Saya rasa kesal dan kesian pada dia.

"Bila jumpa dia, dia gembira dan dia nak saya balik rumah. Fatima nak mommy dan daddynya, tetapi saya terpaksa tipu dia yang saya keluar dari rumah sebab kerja.

Iklan

"Dia terus menangis sebab tidak mahu lepaskan saya, sehingga dia tertidur. Itu yang membuatkan saya kesal kerana terpaksa menipu dia," ujarnya sebak.

Ditanya mengenai hak jagaan anak, Fattah berkata, menerusi terma perjanjian yang dipersetujui, hak penjagaan sepenuhnya diserahkan kepada Fazura. Bagaimanapun, dia masih mendapat hak lawatan dan bermalam.

Umum mengetahui Fatima mempunyai hubungan yang akrab dengan bapanya.

Iklan

"Saya akan terus bekerja seperti biasa dan misi utama selepas ini adalah untuk membesarkan Fatima secara baik, bersama," akhiri Fattah.

Pada Isnin, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fattah, yang nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Terdahulu dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu mula dihidu sejak Julai lalu tetapi segala spekulasi semakin jelas apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September.