Seorang pegawai, tiga anggota polis didakwa berparti ditukar serta-merta

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan serta tiga anggota polis ditukarkan serta-merta dipercayai berparti dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan mendapati seorang anggota polis berpangkat koperal bersama tiga wanita serta seorang lelaki awam di dalam bilik berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua individu terbabit didapati sedang mendengar muzik yang dipasang dengan kuat serta makan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.

Iklan

Katanya, susulan itu satu siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dijalankan.

"Tindakan tegas diambil mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993 melibatkan arahan penukaran terhadap anggota polis terbabit dikeluarkan serta-merta.

Iklan

"Selain itu, tiga individu lain iaitu seorang pegawai kanan serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Sarjan Mejar turut ditukarkan serta-merta ke kontinjen lain ke Johor dan Kelantan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkaitan perkembangan kes melibatkan tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Sabtu lalu, Hussein berkata, anggota terlibat ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta.

"Ketiga-tiga anggota ini merupakan anggota polis dan bukan ketua balai.

"Kesemua mereka turut akan dituduh di bawah jenayah dan tatatertib," katanya.