Situasi meruncing di Palestin tuntut tindakan tegas - Pas Wilayah Persekutuan

Iklan
Azhar

KUALA LUMPUR - Situasi yang semakin meruncing di Palestin menuntut tindakan tegas dan sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia.

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, sebagai rakyat prihatin terhadap keadilan dan kemanusiaan, rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menzahirkan bantahan secara aman terhadap kekejaman serta menyuarakan tuntutan pembebasan Palestin daripada penjajahan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, ujarnya, Pas Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, untuk bersama-sama turun ke jalanan secara aman dalam solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terus ditindas.

"Kehadiran anda amat penting dalam memberi isyarat kuat bahawa kita tidak akan berdiam diri dalam isu ini.

Iklan

"Marilah kita turun ke jalanan demi sebuah perjuangan yang lebih besar - demi keamanan, keadilan, dan kebebasan rakyat Palestin," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebagai rekod, hari ini genap setahun serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza yang menyebabkan lebih 41,000 kematian rakyat Palestin.

Iklan

Pada masa ini, tanpa sebarang tanda gencatan senjata, ancaman peperangan yang lebih luas terus menghantui Semenanjung Gaza dan kesannya dirasai di seluruh dunia.