Pesawat mendarat kecemasan selepas artis buat 'prank' koronavirus

Iklan
Potok bertindak berani mengatakan dirinya dijangkiti wabak koronavirus ketika berada di dalam sebuah pesawat hanya kerana mahukan publisiti.

TORONTO – Demi publisiti murahan, seorang pemuzik amatur sanggup menipu mengatakan dirinya dijangkiti wabak koronavirus ketika berada di dalam sebuah pesawat.

James Potok, 28, melakukan tindakan tersebut ketika perjalanan dari Toronto ke Jamaica membuatkan pesawat terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan, lapor Metro.co.uk menurut sumber.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pemuzik amatur itu berkata,"Boleh saya dapatkan perhatian semua? Saya baru pulang dari wilayah Hunan, pusat wabak koronavirus. Saya tak begitu sihat. Terima kasih."

Dalam pada itu, Potok kemudiannya menjelaskan kata-katanya itu hanyalah gurauan dan dia berharap gurauannya itu tular di Instagramnya.

Iklan

Penyanyi terbabit mempunyai lebih daripada 30,000 pengikutnya di Instagram telah diiring keluar dari pesawat dengan memakai topeng dan sarung tangan sebagaimana diminta kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

Dia turut diberkas atas kelakuannya itu.

Iklan

Sementara itu, Potok berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya wabak koronavirus.

"Saya terkejut kerana semua kru kabin di sini dalam keadaan bersedia dan terus memakai topeng setelah saya mengaku diri saya menghidap koronavirus.

"Saya sangat menyesal dengan keputusan saya yang bersifat mementingkan diri dan tidak memikirkan orang lain yang amat mengambil tahu tentang virus koronavirus,” katanya