Hadiah bernilai RM300,000 milik pembeli bertuah MATTA Fair

Iklan
Sheikh Awadh (kiri) bersama pembeli bertuah Syamsul Anwar (tengah) yang membawa pulang tiket kelas bisnes pergi dan balik ke London. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Sebanyak 156 hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000 sumbangan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan ditawarkan kepada pembeli pakej pelancongan di MATTA Fair yang berlangsung pada 6 hingga 8 September lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, hadiah menarik yang diberikan kepada pembeli bertuah merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik, baucar penginapan hotel serta percutian ke taman tema.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya juga menerima tajaan daripada syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, Batik Air,Ethiopian Arlines, Cebu Pacific Air, Royal Brunei Airline, China Southern Airlines dan Philipine Airlines, Japan Airlines dan Turkish Airlines.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Pembeli MATTA Fair September 2024, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.

Iklan

Timbalan Presiden MATTA, Sheikh Awadh (berdiri, tujuh dari kiri) bergambar bersama wakil penaja dan pemenang di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Mengulas lanjut mengenai pertambahan pengunjung dan nilai jualan pada pameran MATTA berbanding Mac lalu, Sheikh Awadh berkata faktor kedudukan ekonomi mungkin menjadi salah satu faktor utama.

Iklan

"Kedudukan ringgit yang agak meningkat menjadi faktor yang mendorong orang ramai melancong dan berkunjung ke luar negara,” katanya.

Tambahnya, penyertaan sebegini amat memberangsangkan dan terima kasih juga diucapkan kepada penaja, media serta pengunjung atas sokongan berterusan.

"Sehingga kita kita bertemu lagi di MATTA Fair pada tahun 2025,” katanya.

Difahamkan Penganjuran MATTA Fair kali ke-55 di MITEC pada September telah berjaya menarik 190,000 pengunjung dan mengutip jualan sebanyak RM250 juta berbanding RM230 juta Mac lalu.

Sementara itu, pemenang tiket kelas bisnes pergi dan balik ke London, United Kingdom tajaan Malaysia Airlines, Syamsul Anwar Abdul Aziz, 50, tidak menyangka bakal membawa pulang hadiah utama tersebut selepas kali pertama membeli tiket penerbangan di MATTA.

"Saya beli tiket ke Tokyo untuk lima orang bernilai RM15,000, berbaloi saya redah hujan untuk ke MATTA tempoh hari sebab dapat tiket ini, terima kasih kepada penaja MAS kerana beri saya peluang untuk melancong ke luar negara.

"Kebetulan saya ada saudara di Munich, jadi boleh berjumpa beliau ketika di London nanti,” katanya.