PM jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama

Iklan
Anwar menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.

Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 18 Oktober 2024 di Parlimen.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama,” kata beliau dalam hantaran di platform X.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.

Iklan

Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Madani akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang. - Bernama

Iklan