Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2810/2880 berbanding dolar AS 4.2155/2240 ketika ditutup pada Jumaat.. Gambar hiasan.

RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, mencerminkan trend mata wang Asia lain, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh daripada jangkaan untuk September.

Ia memberi petunjuk bahawa ekonomi AS mahu mengelak kemelesetan, kata seorang penganalisis.

Iklan
Iklan

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2810/2880 berbanding dolar AS 4.2155/2240 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi ringgit telah melebihi jangkaan, mencapai keuntungan tahun setakat ini sebanyak 7.22 peratus untuk menjadi mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di Asia.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata dari perspektif teknikal, kenaikan mendadak itu menyebabkan ringgit dalam keadaan terlebih beli.

"Peniaga dijangka akan mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan mereka dan keputusan NFP memberikan peluang yang tepat," katanya kepada Bernama.

Iklan

Beliau berkata, cabaran yang akan datang ialah pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada 10 Oktober depan, konsensus mengunjurkan inflasi menurun kepada 2.3 peratus pada September berbanding 2.5 peratus pada Ogos manakala IHP teras dijangka kekal stabil pada 3.2 peratus.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan jatuh berbanding euro kepada 4.6920/6996 daripada 4.6484/6578 minggu lepas, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8857/8909 daripada 2.8779/8839 ketika ditutup pada Jumaat dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.5953/6044 daripada 5.5505/5617 sebelumnya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2832/2888 daripada 3.2489/2557 sebelum itu dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 272.8/273.4 daripada 272.1/272.9.

Ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7948/8218 daripada 12.7549/7861 Jumaat lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.54/7.55 daripada 7.49/7.51 sebelumnya. - Bernama