Ibu mangsa buli dakwa pihak sekolah lindungi pelaku

Iklan
Sharifah Intan Norjihan (kiri), Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

SHAH ALAM - Ibu bapa pelajar mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di Kuala Lumpur mendakwa pihak sekolah enggan mengambil tindakan disiplin terhadap pembuli tersebut.

Seorang ibu kepada mangsa, Sharifah Intan Norjihan Al-Qudsy, 44, berkata, dia bersama-sama ibu bapa yang lain menggesa pihak sekolah mengambil tindakan dengan menggantung atau membuang sekolah pembuli berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ingin saya nyatakan bahawa pihak sekolah bertindak untuk melindungi pembuli dan bukan mangsa yang dibuli. Ini satu perkara yang tidak boleh diterima.

"Setiap kali kami (ibu bapa) meminta pihak sekolah untuk melakukan siasatan terhadap pelajar berkenaan, mereka enggan berbuat demikian kerana tidak mahu mengganggu emosi pelajar berkenaan yang mahu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Sharifah Intan Norjihan turut menyesali tindakan guru kanan sekolah berkenaan yang didakwa menghukum mangsa buli.

Iklan

Tambah ibu kepada tiga orang anak itu, pada 12 September lalu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) menelefon selepas waktu sekolah untuk memaklumkan bahawa anak keduanya melakukan tindakan di luar jangka.

"Saya dimaklumkan anak kedua saya memanjat pagar sekolah dan telah ditangkap oleh warden. Saya terkejut dengan perkhabaran itu dan tidak percaya dia berkelakuan sedemikian.

"Bagaimanapun, ketika itu saya berpandangan bahawa anak saya bertindak seperti itu kerana dia mahu tukar sekolah akibat isu buli dan hal tersebut yang saya maklum pada PK HEM,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, Sharifah Intan Norjihan berkata, guru berkenaan memintanya untuk hadir pada keesokan hari untuk mengisi borang pertukaran sekolah sebagai solusi kepada perkara tersebut.

Hal berkenaan panjat pagar sekolah tidak terhenti di situ apabila seorang lagi pelajar yang melakukan perkara sama memaklumkan dia melakukan perkara berkenaan kerana disuruh oleh pelajar Tingkatan Lima untuk membeli burger.

Mendengar pendedahan itu, Sharifah Intan Norjihan menyoal anaknya tentang kejadian pada malam berkenaan.

"Anak saya beritahu bahawa pelajar Tingkatan Lima itu mengugut jika tidak berbuat demikian, mereka akan cucuk bahagian tajam pencuci muka pada leher.

"Bukan itu sahaja, warden turut menerajang pada bahagian perut, dada serta mencekik leher anak saya,” dakwanya.

Ekoran daripada itu, Sharifah Intan Norjihan berkata, dia mahu menuntut keadilan buat anaknya dan mangsa buli yang lain agar pelaku keganasan di sekolah itu menerima hukuman setimpal.