ADAMAS saran penganjur wajibkan pendidikan anti-doping peserta bina badan

Iklan
Gambar hiasan

AGENSI Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menyarankan setiap penganjur mewajibkan setiap peserta melalui pendidikan anti-doping sebagai syarat menyertai kejohanan bina badan pada masa depan.

Langkah itu bagi memastikan semua peserta memahami dan sedar tentang gejala serta kesan doping terhadap kerjaya dan kesihatan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Penganjur acara sukan juga perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan induk terlebih dahulu seperti garis panduan yang dikeluarkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

"Orang ramai boleh membuat semakan di https://erosa.kbs.gov.my bagi memastikan penganjuran kejohanan mendapat pengiktirafan dan kelulusan PJS,” menurut kenyataan ADAMAS pada Isnin.

Iklan

Sebagai rekod, doping ialah penggunaan dadah atau ubat dilarang untuk meningkatkan prestasi atlet.

Pada masa sama, ADAMAS memaklumkan menerima maklumat mengenai beberapa siri kejohanan bina badan anjuran pihak swasta dengan menyasarkan penyertaan dalam kalangan penggiat sukan bina badan, khususnya golongan belia.

Iklan

ADAMAS mengingatkan mengenai Kod Anti-Doping Dunia 2021 bahawa setiap atlet tertakluk di bawah prinsip 'kebertanggungjawaban penuh' ke atas kewujudan apa jua bahan terlarang di dalam sistem tubuh badan, sama ada secara sengaja dengan niat menipu ataupun tidak sengaja.

Menurut ADAMAS, pihak penganjur pula hendaklah memastikan sukan itu bersih daripada sebarang unsur penyalahgunaan bahan terlarang, menjamin ketelusan, keadilan serta integriti secara keseluruhannya selari dengan Kod Sukan Selamat yang diterbitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2023.

"Sukan bina badan antara acara sukan yang berpotensi tinggi meraih pingat di kejohanan antarabangsa namun ia turut merupakan sukan berisiko tinggi terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang, khususnya Androgenic Anabolic Steroid (AAS).

"ADAMAS memandang serius dan bertanggungjawab memastikan hak atlet dipelihara di samping menjamin persekitaran sukan yang bersih dan selamat.

"Program Anti-Doping ADAMAS bertujuan meningkatkan kesedaran, pendidikan dan melindungi kesihatan atlet serta memastikan penganjuran sukan bina badan ini sentiasa mematuhi peraturan anti-doping yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.