Ada apa dengan Hanruh?
Iklan
TAHUN ini memperlihatkan pihak Angkatan Tentera Malaysia terus cuba melaksanakan pembangunan aset tempurnya dengan pembelian dan perolehan pelbagai jenis sistem fizikal seperti pesawat udara, kenderaan berperisai dan platform maritim.
Antara yang sering diungkitkan adalah bagaimana keusangan sistem-sistem utama seperti kapal permukaan dan pesawat udara telah menjangkau usia melebihi daripada jangka hayat pengoperasian optimumnya, sama ada dari segi fizikal mahupun sistem yang diguna pakai.