Sukar untuk had, hapuskan kuasa veto

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Usaha mengehadkan atau menghapuskan kuasa veto dimiliki lima buah negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Perancis, China, Rusia dan United Kingdom (UK) bagi memberi perlindungan kepada rakyat Palestin sukar dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Norafidah Ismail berkata, tindakan itu hanya boleh dilakukan dengan syarat dua pertiga daripada negara anggota yang turut dikenali sebagai P5 bersetuju untuk meminda carta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Profesor Madya Dr Norafidah Ismail

Iklan

"Hapus kuasa veto dan melakukan perubahan di PBB sering mendapat tentangan politik dari negara P5. Keputusan dan tindakan negara kuasa veto sering melumpuhkan peranan PBB.

"Jadi usaha untuk had atau hapuskan kuasa veto sukar untuk dicapai kerana negara P5 sering mempertahankan kepentingan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ditanya mengenai prosedur lain yang boleh dilaksanakan bagi mengekang kuasa veto daripada terus ‘menutup mata’ kekejaman terhadap Palestin, Norafidah berkata, terdapat kaedah lain boleh dilakukan melalui pendekatan pembaharuan tanpa pindaan.

Jelasnya, pembaharuan tanpa pindaan berlaku melalui empat proses iaitu pencetus, cadangan pembaharuan, tempoh pertandingan dan tafsiran baharu.

"Pencetus boleh berpunca daripada perubahan keadaan di lapangan atau cabaran tertentu dihadapi organisasi. Bagi cadangan pembaharuan pula, semasa peringkat ini, pilihan yang berbeza untuk perubahan diterokai dan dibahaskan sebelum cadangan muncul untuk menangani cabaran yang dibangkitkan oleh pencetus.

"Pada peringkat tempoh pertandingan, cadangan itu dibincang dan dibahaskan untuk menerima atau menolak pembaharuan dicadangkan.

"Tafsiran baharu disatukan melalui amalan dari masa ke masa. Semasa penyatuan, amalan mengesahkan dan menjelaskan tafsiran bersama. Pembaharuan bukan pindaan secara berkesan mengalihkan tafsiran piagam itu,” tambahnya.