Ibu tinggalkan amanat sambung perjuangan

Iklan
Foto kenangan Muhamad dan ibunya bersama arwah bapanya, Dr Wael Al-Zard yang syahid dalam serangan udara Zionis Israel tahun lalu.

IPOH -"Hati meronta untuk pulang, tetapi ibu mahu saya kekal di sini. Harapannya jika semua keluarga syahid, ada waris ditinggalkan untuk menyambung perjuangan.

”Perkongsian yang mengundang rasa pilu daripada Muhamad Wael, 23, warga Palestin yang kini menuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar.

Iklan
Iklan
Muhamad (tiga dari kanan) berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapa dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk Albaraa (kiri) yang turut terkorban dalam serangan rejim tentera tahun lalu.

Bercakap kepada Sinar Harian, Muhamad berkata, meskipun berat menerima amanat itu, dia akur kerana yakin dengan doa dan restu ibunya, Samaher Alzard, 43.

Menurut Muhamad, bapanya yang merupakan ulama terkemuka Hamas, Dr Wael Al-Zard syahid dalam serangan udara Zionis Israel yang mengebom kawasan kediaman termasuk rumahnya di Gaza City tahun lalu.

Iklan

Dua minggu sebelum itu, adik lelakinya, Albaraa turut terkorban selepas terkena peluru berpandu yang dilepaskan rejim tentera ketika bersama-sama yang lain di pagar keselamatan di timur Gaza.

Muhamad bersama arwah bapanya, Dr Wael Al-Zard yang syahid dalam serangan udara Zionis Israel tahun lalu.

Dalam serangan terbaru di utara Gaza, bedilan rejim Zionis mengenai rumah keluarganya berlindung dan mengorbankan nenek, Fawziah Alzard dan sepupu lelakinya, Ahmad Alzard.

Iklan

"Semua syahid semasa saya menuntut di sini. Sekarang pun ramai ahli keluarga tercedera akibat serangan tanpa belas kasihan daripada rejim Zionis.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.

"Di awal peperangan berlaku dahulu, ibu saya memang mahu saya pulang, tetapi selepas melihat banyak kematian dan kemusnahan berlaku dia menolak saya pulang ke Palestin.

"Dia mahu melihat sekurang-kurangnya seorang anaknya dapat menyambung legasi kepimpinan arwah ayah saya sebagai pendakwah dan pejuang negara,” katanya.

Muhamad yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik kini aktif dalam siri kempen dan ceramah solidariti Palestin di seluruh negara.

Muhamad kini aktif dalam siri kempen dan ceramah solidariti Palestin di seluruh negara.

Jelasnya, meskipun sudah setahun berlalu, tiada tanda pembebasan terhadap rakyat Palestin.

"Hari ini mereka mungkin masih hidup dan saya pula masih berkesempatan berhubung dengan ibu dan adik-beradik saya, tetapi esok lusa hanya ALLAH yang tahu.

"Sekiranya ditakdirkan mereka pergi dahulu..masya-ALLAH, hanya Alhamdulillah mampu saya ucapkan kerana sesungguhnya mereka bersama mereka yang syahid,” katanya.