SHAH ALAM - Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk menghidupkan kembali projek hab halal di Labuan, Sabah yang kini terbiar bagi merancakkan ekonomi di wilayah itu.
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya akan memanfaatkan kemudahan sedia ada dalam projek itu yang menelan belanja besar sebelum ini.