Tiba masanya rombak PBB
Iklan
SHAH ALAM - Resolusi bersejarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Israel menamatkan kehadirannya dan mengakhiri pendudukan secara haram di wilayah Palestin dalam tempoh maksimum 12 bulan, hanya ibarat ‘harimau tidak bertaring’ selagi mana sekutunya, Amerika Syarikat (AS) masih memegang kuasa veto.
Berikutan itu, beberapa pakar undang-undang antarabangsa mengusulkan agar struktur pentadbiran PBB dirombak dengan kesemua negara anggota pertubuhan itu diberi punca kuasa bagi memilih negara pemegang kuasa veto secara kolektif.