'Saya di sini selamat, mereka derita'

Iklan
Mysaa dalam satu majlis baru-baru ini.

Iklan
Iklan

JOHOR BAHRU - Biarpun genap setahun episod perang dan pembunuhan di Palestin oleh pengganas Israel, namun bagi rakyat Palestin, Mysaa Awad, 35, perkara tersebut seolah-olah telah berlarutan bagi satu tempoh yang lama.

Malah pelajar tahun satu doktor falsafah (PhD) dalam bidang seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia itu mengakui terkilan dan rasa bersalah kerana tidak berada bersama keluarga yang saban hari menanggung penderitaan di Palestin.

Iklan

Mysaa

"Ketika mereka berdepan serangan tidak henti-henti daripada pengganas Israel, lapar dan dahaga, pengusiran berterusan, tetapi saya pula berada di sini dengan selamat.

Iklan

"Hanya restu keluarga untuk saya menyambung pengajian di sini menguatkan semangat untuk terus belajar dan berharap pembunuhan akan berakhir.

"Saya tak tahu bila dan bagaimana...tetapi saya percaya hanya ALLAH SWT dapat menamatkan pembunuhan ini dan seterusnya memusnahkan pendatang haram pengganas Israel ini,” katanya.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Ditanya mengenai keluarganya, Mysaa berkata, sepanjang episod pembunuhan tersebut, dia kehilangan 12 saudara mara melibatkan bapa saudaranya sekeluarga selain rakan-rakannya serta keluarga masing-masing yang turut kehilangan insan tersayang.

Malah, menurut Mysaa, rumahnya dan rumah kakaknya turut menjadi sasaran bedilan kereta kebal pengganas Israel.

Keadaan rumah kakaknya yang diserang pengganas Israel.

"Rumah saya, rumah kakak turut musnah angkara pengganas Israel ini,” katanya.

Dalam masa sama, Mysaa berkata dia dapat berhubung dengan keluarganya dan mengetahui mengenai perkembangan yang berlaku di Palestin.

Malah katanya, dia baru sahaja dapat bercakap dengan mereka malam minggu lalu dan mereka saling bertanya khabar serta perkembangan terkini di Palestin.

Kemusnahan yang berlaku di rumah kakaknya akibat dibedil pengganas Israel.

"Sebelum ini agak sukar untuk hubungi mereka menerusi talian antarabangsa, malah kini mereka juga adakalanya dapat mengakses talian internet sejam dan ia digunakan untuk kami berhubung.

"Ketika bercakap dengan mereka, saya dapat mendengar dengan jelas bunyi dentuman bom di sana dan ia sering membuatkan saya tidak lena tidur memikirkan nasib keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Mysaa mengakui perang dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas Israel di Palestin ketika ini sememangnya memberi kesan terhadap pengajiannya.