Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang berlangsung tiga hari

Iklan
Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya berlangsung selama tiga hari.

KUANTAN - Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung selama tiga hari.

Perkongsian berita gembira itu dibuat menerusi hantaran Kesultanan Pahang di laman Facebook yang memaklumkan istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober di Istana Abdulaziz di sini.

Iklan
Iklan

Al-Sultan Abdullah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke beberapa acara sempena istiadat perkahwinan itu antaranya Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal dan Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Iklan

Sebelum ini, Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri yang turut diadakan di ibu negara. - Bernama

Iklan