Pengedar dadah dicekup bawa 13kg ganja dalam beg galas

Iklan
Ganja yang berjaya dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Jeram Perdah 1, di Rantau Panjang pada Isnin.

RANTAU PANJANG - Seorang pengedar dadah ditahan bersama 13 kilogram (kg) dadah dalam serbuan dijalankan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Jeram Perdah 1 di sini, pada Isnin.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang menerusi Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 13 kg daun ganja mampat di dalam beg galas milik suspek.

"Saringan awal ujian air kencing ke atas lelaki itu mendapati suspek positif dadah jenis Benzo.

Iklan

"Kes disiasat bawah Sek 39B dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran dadah dari terus berleluasa di dalam negara.