31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands

Iklan
Banjir kilat berlaku di Jalan Golden Hills 2, Brinchang, Cameron Highlands pada petang Isnin. Foto Angkatan Pertahanan Awam Pahang.

KUANTAN - Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat 11 lelaki, 10 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan.

PPS Pusat Komuniti Sungai Ruil dibuka bagi menempatkan lima keluarga yang terjejas. Foto Angkatan Pertahanan Awam.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kejadian jam 6 petang itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut, menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil.

"Kerja-kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar terjejas sedang giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat," kata kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Iklan