Wanita berusia 46 tahun ditahan seludup petrol

Iklan
PGA menahan seorang wanita dan dua lelaki serta merampas 285 liter petrol bernilai RM27,683.75 semasa Op Taring Wawasan.

TUMPAT - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang wanita dan dua lelaki semasa menjalankan aktiviti penyeludupan minyak petrol di dua lokasi berasingan di sini pada Isnin.

Penahanan ketiga-tiga suspek terbabit membawa kepada rampasan 285 liter bahan bakar yang bernilai RM27,683.75 semasa Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam serbuan pertama kira-kira jam 8.55 pagi,

seorang wanita berusia 46 tahun ditahan semasa memandu Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di Pos Simpangan.

Iklan

"Hasil pemeriksaan berjaya menemui 15 liter minyak petrol bernilai RM10,030.75.

"Dalam serbuan di sekat pintas Pos Ular, dua tangkapan dihasilkan melibatkan dua lelaki berusia 36 dan 47 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, serbuan pertama melibatkan sebuah Proton Saga yang telah diubah suai tangki.

Ujarnya, sebanyak 90 liter minyak petrol bernilai RM8,284 dirampas bersama satu unit pam angin.

Nik Ros Azhan memberitahu, tangkapan kedua melibatkan kereta jenis Proton Wira dan menemui 180 liter minyak petrol bernilai RM9,369.

"Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor," katanya.