BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.
Bagaimanapun, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) berkata, peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat itu.